Labels

Wednesday 26 April 2017

ANDAI ITU TERTULIS





                                    MATA MELIHAT MENAFSIRKAN MAKNA
                                   ANUGERAH TERINDAH YANG MAHA ESA
                                             DARI JIWA MENYANTUN RASA
                                        MENJADI SIMPULAN IKATAN JIWA

DI USIA REMAJA MEMILIKI MINAT DAN HOBI YANG BERBEZA.TAPI AKU BERBEZA DENGAN YANG LAIN.MELIHAT TASIK IBARAT MELIHAT SESUATU YANG SUKAR DIUNGKAPKAN.BILA MELIHAT HATI MERASA TENANG,PADANGAN MATA TERPAKU,JIWA MERUNTUN,FIKIRAN MELAYANG ENTAH KEMANA.YANG PASTI AKU MERASAKAN PELBAGAI SUPPLEMENT DI TOP UP.TENANG!!!!!
YER ITU JAWAPANNYA.SEGALA MASALAH DILUPAKAN SEMENTARA.SEDIH DIJIWA TERUBAT.ITULAH ANUGERAH DAN RASA SYUKUR TERUNGKAP.ORANG KATA MANUSIA MEMILIKI JALAN KEHIDUPAN YANG BERBEZA DENGAN PENAMBAH RASA YANG MERENCAH KEHIDUPAN.HANYA KITA SAHAJA YANG BOLEH MENCORAKKANNYA.KESABARAN PERLU UNTUK MENERUSKAN PERJALANAN YANG DIATUR.BERFIKIRAN POSITIF UNTUK MEMBERI SEMANGAT DALAM LANGKAH KEHIDUPAN.JANGAN MENYERAH KALAH,JADI ALL THE BEST!!!!!U CAN DO IT.......


Sunday 9 April 2017

be patience and stay courage


Perpatah ada mengatakan ikut rasa binasa, ikut hati mati. Satu ungkapan yang amat bermakna dan mendalam.Mungkin semakin membesarnya usia kita semakin banyak pengalaman baru yang kita perolehi.Dalam arus kemodenan masa kini apa lagi yang nak dikejarkan selain dari wang ringgit.Mungkin kehidupan masa kini terlalu obses kearah itu sehingga sesuatu yang lebih bermakna kita sendiri lupakan.Cuba kita bayangkan tahap kesabaran seorang wanita teruji bila melihat sesuatu yang disayangi terlepas begitu sahaja.Namun,setiap sesuatu yang berlaku itu ada sebab musababnya.Tips pertama,yakin dan pasti bahawa ada perkara yang lebih baik akan berlaku.Setiap ujian diuji kerana kemampuan kita.Jadi kenapa harus mempertikaikan.Tips kedua,just enjoy with your life.Diri memerlukan ketenangan.Cuba kita memikirkan kegembiraan berbanding kesedihan.Satu terapi yang amat mujarab untuk mengelakkan masalah tekanan.Tips ketiga,luahkan masalah kepada seseorang yang kita percaya.Terapi ini amat bernilai kerana setiap kesedihan perlu diluah untuk mendapatkan maklum balas.Mungkin orang lain mempunyai pendapat yang berbeza.Justeru,bukan kita sahaja yang mempunyai masalah.Jangan merasakan bahawa dugaan itu satu bebanan tetapi yakinlah ALLAH mencuit hati kita untuk lebih dekat denganNYA.