Labels

Sunday 9 April 2017

be patience and stay courage


Perpatah ada mengatakan ikut rasa binasa, ikut hati mati. Satu ungkapan yang amat bermakna dan mendalam.Mungkin semakin membesarnya usia kita semakin banyak pengalaman baru yang kita perolehi.Dalam arus kemodenan masa kini apa lagi yang nak dikejarkan selain dari wang ringgit.Mungkin kehidupan masa kini terlalu obses kearah itu sehingga sesuatu yang lebih bermakna kita sendiri lupakan.Cuba kita bayangkan tahap kesabaran seorang wanita teruji bila melihat sesuatu yang disayangi terlepas begitu sahaja.Namun,setiap sesuatu yang berlaku itu ada sebab musababnya.Tips pertama,yakin dan pasti bahawa ada perkara yang lebih baik akan berlaku.Setiap ujian diuji kerana kemampuan kita.Jadi kenapa harus mempertikaikan.Tips kedua,just enjoy with your life.Diri memerlukan ketenangan.Cuba kita memikirkan kegembiraan berbanding kesedihan.Satu terapi yang amat mujarab untuk mengelakkan masalah tekanan.Tips ketiga,luahkan masalah kepada seseorang yang kita percaya.Terapi ini amat bernilai kerana setiap kesedihan perlu diluah untuk mendapatkan maklum balas.Mungkin orang lain mempunyai pendapat yang berbeza.Justeru,bukan kita sahaja yang mempunyai masalah.Jangan merasakan bahawa dugaan itu satu bebanan tetapi yakinlah ALLAH mencuit hati kita untuk lebih dekat denganNYA.

No comments:

Post a Comment